Goodbye Sedih Dan Kecewa For Sale

Description
Hidup adalah perpisahan daripada satu masalah ke masalah yang lain. Apabila lulus satu ujian, kita akan berdepan dengan ujian seterusnya. Begitulah seterusnya.
Maka, sebagai Muslimah, kita sepatutnya memiliki pertahanan diri yang kuat terhadap serangan masalah. Sekiranya tidak, kita akan terumbang ambing sehinggakan tidak lagi dapat merasakan indahnya kehidupan.
Tidak mudah untuk menjadi Muslimah cekal yang mampu menguruskan semua masalah dengan sempurna. Kadangkala kita sebagai manusia biasa berasa penat, sesak, keliru dan mungkin bosan.
Kadangkala hati kita dirundung sepi sehingga tidak mampu melihat jalan keluar dengan lebih jelas.
Additional Information
Title | Default Title |
---|